Sunday, 12 October 2014


      PENGENALAN
      Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita,lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni AlmarhumSultan Abdul Hamid Halim Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik kejayannya.
      Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua MenteriPersekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana MenteriMalaysia yang pertama. Beliau merupakan putera ke-6 daripada isteri kedua atau yang ke-24 bagiayahnya.
       Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun1943. Ibunya pula Che Manjalara berketurunan Siam dan Burma telah menukar namanya kepada SharifahFatimah setelah memeluk agama Islam.Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwarakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawabserta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja.     

         Kepimpinan beliau amat terserlah samaada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpinnegara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya.Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan TanahMelayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalammembentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan. Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darah pun sebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran.kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. 
        Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tersohor. Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan"

                                                PENGHARGAAN
        
      Assalamualaikum,Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan E-folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Tinjauan ke atas rombongan kemerdekaan ke London”. E-folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus.
        Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang  banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek E-folio kami ini. Pertama sekali kepada pensyarah kami kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada kami sekumpulan.
         Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek saya, “PENGAJIAN MALAYSIA” kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan e-folio ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek kami kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk e-folio kami serta membantu kami dari semasa kami susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke akhir hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang menyiapkan e-folio.Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan e-folia.Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek e-folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan.
            Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang e-folio kami dijalankan dan diusahakan.
ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDON
kabinet merdeka

Gambar di atas merupakan barisan kabinet pertama semasa Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959



1. Rombongan Kemerdekaan
Tujuan untuk berunding dgn British dan raja-raja Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan Tunku Abd Rahman mengetuai rombongan ini yang terdiri drp 4 wakil raja-raja Melayu dan 4 wakil Parti Perikatan


ii. WAKIL PARTI PERIKATAN
a. Tunku Abdul Rahman
b. Tun Dr Ismail

c. Tun H.S Lee

d. Tun Abdul Razak Hussein


Perjanjian London 1956 (Syarat-Syarat)
a. Tarikh kemerdekaan PTM ditetapkan pada 31 Ogos 1957

b. Perlantikan suruhanjaya menggubal perlembagaan merdeka

c. Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat

d. Perjanjian pertahanan dengan British akan ditanda tangani

e. Raja berpelembagaan dikekalkan

f. Pembahagian kuasa antara pusat dan negeri diteruskan

g. Tarikh Merdeka ditetapkan pada 31 ogos 1957




Gambar di atas menunjukkan Tunku bersama Dato' Panglima Bukit Gantang serta deligasi diarak selepas pulang dari London
Tarikh merdeka diisytiharkan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka oleh Tunku Abdul Rahman
Anggota Suruhanjaya Reid:-
1. Pengerusi : Lord William Reid
2. Ahli
Sir Ivor Jennings( England)
Sir William Mckel (Australia)
Tuan B Malik (India)
Tuan Abdul Hamid (Pakistan)



Thursday, 9 October 2014

PILIHANRAYA SEBELUM ROMBONGAN KE LONDON

Setelah tamat perang dunia yang kedua, Tunku Abdul Rahman turut menyertai politik menentang Malayan Union dan membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan. Bersama-sama dengan pemimpin lain dalam UMNO, beliau berusaha menyatupadukan tenaga orang-orang Melayu. UMNO telah ditubuhkan dengan dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar bagi menyahut kehendak-kehendak kebangsaan Melayu, tetapi dalam beberapa hal dasar, Tunku abdul Rahman tidak bersetuju dengan pendapat yang ada.

Pada tahun 1947, Tunku meninggalkan Tanah Melayu sekali lagi untuk menyambung pelajaran undang-undang di England. Di sini beliau bertemu dengan Tun Abdul Razak yang jauh lebih muda daripadanya. Tunku menjadi Yang Dipertua Kesatuan Melayu United Kingdom dan Tun Razak menjadi setiausahanya. Dalam umur 46 tahun, Tunku menjadi seorang Barrister iaitu satu peringkat yang agak tua. Beliau berjenaka bahawa dirinya adalah satu-satunya pelajar dalam sejarah Inner Templer yang diterima ke Bar setelah 25 tahun menuntut.

Pulang ke tanahair, beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi Timbalan Pendakwa Raya di bawah Jabatan Undang-undang Persekutuan dan kemudiannya Presiden Session Court. Tetapi perkembangan politik dalam UMNO dan di luarnya amat pesat seolah-olah menantikan seorang pemimpin tertentu untuk mengetuainya. Pada bulan Ogos 1951 terjadilah satu krisis dalam UMNO yang menyebabkan Dato’ Onn meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua. Dengan itu jadilah Tunku yang Dipertua UMNO yang kedua sehingga 20 tahun kemudian.

Pada waktu permulaan pimpinan Tunku, tugas terpenting ialah bagi memupuk kerjasama antara kaum dan mencapai persetujuan atau perkara-perkara pokok bagi pemerintahan negara merdeka. Tunku berusaha dengan keras, yakin, sabar dan tawakkal bagi menyatupadukan kaum-kaum di samping menjaga keutuhan bangsa Melayu sebagai teras politik negara.

Pada awal tahun 1952, pilihanraya bagi majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan. UMNO dan MCA telah bersetuju tidak akan berlawan antara satu sama lain dengan UMNO meletakkan calon-calonnya di kawasan-kawasan majority Melayu dan MCA sebaliknya. Hasilnya ‘PERIKATAN UMNO-MCA’ telah memberi kemenangan kepada keduanya. Menjelang pilihanraya 1955 Perikatan ini disertai pula oleh MIC sebagai mewakili kaum India. Dengan penubuhan perikatan ini semua kaum yang terpenting adalah diwakil dalam sebuah badan politik yang terbesar bergerak menuju kemerdekaan.

Kata sepakat yang dahulunya susah hendak dicapai kerana parti-parti politik tidak mempunyai pendapat yang sama sekarang boleh diselesaikan secara consensus dalam Perikatan. Soal kerakyatan ditimbulkan di mana bukan melayu mengkehendaki kelonggaran yang lebih sedangkan orang-orang melayu mempertahankan syarat-syarat yang ketat. Soal-soal lain termasuk hak-hak istimewa bagi orang melayu, penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas dasar pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi. Tunku juga pernah menuntut di Bangkok sewaktu tinggal bersama kakakandanya Tunku Yusuf yang berkhidmat dengan angkatan tentera Thai. Beliau telah mencadangkan agar bahasa Jepun tidak diajar di sekolah.

Kali ini kejayaan telah dicapai dengan tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957.  Sebagai persiapan untuk kemerdekaan satu Suruhanjaya Perlembagaan telah dibentuk dengan mengandungi wakil-wakil perikatan dan wakil-wakil kerajaan British. Suruhanjaya ini bertanggungjawab menggubal perlembagaan Tanah Melayu yang baru berdasarkan syor-syor yang dibuat oleh Perikatan. Setelah negara merdeka, usaha-usaha dibuat bagi mengukuhkan pemerintahan negara melalui perpaduan dan kemajuan ekonomi. Rancangan Malaya yang pertama, dimulakan sejak tahun 1956, adalah bertujuan untuk mengisikan kemerdekaan dengan pembangunan.

Pada tahun 1960, keadaan darurat yang telah berjalan selama 12 bulan diisytiharkan tamat. Sebelumnya, pada Disember 1955, rundingan telah diadakan antara Tunku dengan pemimpin parti PKM bagi menyelesaikan permusuhan. Apabila komunis tidak bersetuju membubarkan parti mereka, pihak Perikatan menolak sama sekali rundingan antara mereka.




TOKOH BERSEJARAH



Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

PERJANJIAN LONDON

Dengan keputusan pilihanraya umum tahun 1955, penjajah British terpaksa menerima hakikat bahawa Parti Perikatan disokong oleh hampir seluruh rakyat Tanah Melayu. Sistem Ahli bertukar menjadi sistem Menteri. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri, walaupun Pesuruhjaya British masih mempengerusikan Majlis Eksekutif Persekutuan dan beberapa kerusi lain diduduki oleh pegawai British. Walau bagaimanapun kebanyakan tempat di dalam Majlis itu dikuasai oleh wakil Parti Perikatan.
Semasa kempen pilihanraya, Parti Perikatan menjanjikan kemerdekaan akan dicapai dalam tempoh empat tahun, sekiranya mereka memperoleh kemenangan. Untuk menunaikan janji itu, rundingan dengan kerajaan British di London perlu diadakan secepat mungkin. Sebelum rundingan dengan kerajaan British diadakan, Parti Perikatan mestilah berpakat dengan Raja-Raja Melayu terlebih dahulu supaya bersatu dengan rakyat dalam rundingan itu. Raja-Raja Melayu terus terlibat dalam perundingan untuk mencapai kemerdekaan kerana sebelum itu mereka bertanggungjawab menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dengan pihak British.
Rundingan di antara Tunku Abdul Rahman dan wakil-wakil Majlis Raja-Raja mencapai kejayaan kerana Parti Perikatan memberi jaminan bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu tidak akan terjejas selepas merdeka. Pada bulan Januari 1956, rombongan Parti Perikatan yang kedua berlepas ke London untuk berbincang dengan kerajaan British mengenai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Rombongan pada kali ini mewakili parti yang memerintah di Persekutuan Tanah Melayu dan harapan mereka untuk mencapai kejayaan adalah cerah.
Rundingan mengenai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang berlangsung selama tiga minggu di London merupakan satu lagi kejayaan cemerlang bagi Parti Perikatan. Pada 8 Februari 1956, Perjanjian London telah dimeteraikan oleh pihak Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan dan kerajaan British. Menurut perjanjian itu, Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada akhir bulan Ogos 1957.
Rundingan yang diadakan di London telah mengambil masa yang panjang kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan. British sedar bahawa mereka tidak dapat menghalang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi dalam masa yang sama, mereka cuba mempertahankan kepentingan mereka di Tanah Melayu. Parti Perikatan juga berjanji tidak akan cuba memiliki atau mengambil alih harta benda ataupun perniagaan British di Tanah Melayu. British masih bebas menjalankan kegiatan ekonomi mereka. Parti Perikatan memang mengamalkan sistem ekonomi bebas.
Selain itu, pangkalan tentera British masih dikekalkan di Tanah Melayu. Dengan itu British akan melindungi negara kita dari ancaman luar, di samping mengawal kepentingan mereka di rantau ini.
Apabila rombongan Parti Perikatan pulang ke tanahair, mereka diberi sambutan meriah. Di Padang Bandar Hilir, Melaka, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di hadapan rapat umum yang besar.

TINJAUAN KE ATAS ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDON

Pada 2 Januari 1956, 'Rombongan Kemerdekaan' pimpinan Tunku yang mewakili Perikatan yang terdiri daripada Tunku sendiri, S.H. Lee dan T.H. Tan di satu pihak dan satu pihak lagi mewakili Raja-raja Melayu iaitu Dato Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak), Abdul Aziz Abdul Majid (Menteri Besar Selangor), Dato' Wan Idris Wan Ibrahim (Timbalan Menteri Besar Johor) dan Dato' Nik Ahmad Kamil (bekas Menteri Besar Kelantan) telah berlepas ke Karachi dengan kapal Ital 'Asia' dan kemudiannya dengan kapal terbang ke London.
Pada 18 Januari 1956 rundingan kemerdekaan pun bermula. Pihak kerajaan British diwakili oleh Allen Lennox Boyd. Rundingan tersebut mencakupi pelbagai masalah termasuklah masalah Raja-raja Melayu, kedudukan pegawai-pegawai awam British yang sedang berkhidmat di Tanah Melayu dan lain-lain langkah peralihan yang perlu diputuskan sebelum kemerdekaan serta tarikh kemerdekaan yang menurut Tunku perlu disegerakan. Perundingan itu tamat setelah diadakan selama tiga minggu dengan kejayaan cemerlang di pihak Tunku Abdul Rahman. Pada 6 Februari 1956, beliau telah menurunkan tandatangan atas perjanjian 'Merdeka' bersama Lennox Boyd dalam satu istiadat sederhana di Lancester House.
Dua minggu setelah kembali ke Kuala Lumpur, tunku telah mula memegang Kementerian Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri. Beliau menjadi Pengerusi Majlis Gerakan Menghapuskan Darurat. Dalam pada itu berbagai-bagai masalah timbul mengenai soal hak kerakyatan dan satu undang-undang kerakyatan umum. Islam diterima sebagai agama rasmi dan rakyat bukan Melayu bebas mengamalkan agama mereka.
Pada malam 30 Ogos 1957, negara Malaysia penuh dengan keriangan. Beberapa minit sebelum tengah malam, Tunku Abdul Rahman tiba. Bendera Malayan Union Jack diturunkan tepat jam 12 tengah malam dan di tempatnya digantikan dengan bendera Persekutuan.

ANTARA GAMBAR ROMBONGAN KE LONDON


                                                     Perjanjian tarikh kemerdekaan
                                                             Rombongan ke London

                                                              Rombongan yang penting
                                                        Rakyat menuntut kemerdekaan
                                                       Permulaan sampai di London

Wednesday, 8 October 2014

RUMUSAN


        Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2minggu ini memberikan kami pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan kami untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja e-folio. Melalui kajian ini, kami menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
       
  Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini. kami juga dapat mengetahui tentang perjanjian yang dibuat oleh pemimpin Malaysia terdahulu utuk memberi kemerdekaan kepada Malaysia.
        

Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan kami tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, kami sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.