PENGENALAN
Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita,lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Tunku
Abdul Rahman Putra al-Haj ibni AlmarhumSultan
Abdul Hamid Halim Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat
istimewa disebalik kejayannya.
Beliau yang mempunyai darah keturunan
raja merupakan seorang Ketua MenteriPersekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang
jawatan sebagai Perdana MenteriMalaysia yang pertama. Beliau merupakan
putera ke-6 daripada isteri kedua atau yang ke-24 bagiayahnya.
Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki takhta
Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun1943. Ibunya pula Che Manjalara
berketurunan Siam dan Burma telah menukar namanya kepada SharifahFatimah
setelah memeluk agama Islam.Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati,
arif dalam membuat pertimbangan, berjiwarakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya,
rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawabserta banyak lagi
nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan
sesiapa sahaja.
Kepimpinan beliau amat terserlah
samaada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau
sebagai seorang pemimpinnegara yang berwibawa
dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya.Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam
usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang
pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan TanahMelayu daripada pihak penjajah pada tahun
1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalammembentuk
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tunku dikatakan telah berjaya
membawa negara kita ke ambang kemerdekaan. Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui perundingan
tanpa menumpahkan setitis darah pun sebagaimana yang yang berlaku di
negara-negara jiran.kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara
ini yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan
kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan
beliau mendapatkan kemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama
beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tersohor. Atas kejayaan beliau mendapatkan
kemerdekaan Tanah Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai
“Bapa Kemerdekaan"
No comments:
Post a Comment