Thursday, 9 October 2014

PILIHANRAYA SEBELUM ROMBONGAN KE LONDON

Setelah tamat perang dunia yang kedua, Tunku Abdul Rahman turut menyertai politik menentang Malayan Union dan membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan. Bersama-sama dengan pemimpin lain dalam UMNO, beliau berusaha menyatupadukan tenaga orang-orang Melayu. UMNO telah ditubuhkan dengan dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar bagi menyahut kehendak-kehendak kebangsaan Melayu, tetapi dalam beberapa hal dasar, Tunku abdul Rahman tidak bersetuju dengan pendapat yang ada.

Pada tahun 1947, Tunku meninggalkan Tanah Melayu sekali lagi untuk menyambung pelajaran undang-undang di England. Di sini beliau bertemu dengan Tun Abdul Razak yang jauh lebih muda daripadanya. Tunku menjadi Yang Dipertua Kesatuan Melayu United Kingdom dan Tun Razak menjadi setiausahanya. Dalam umur 46 tahun, Tunku menjadi seorang Barrister iaitu satu peringkat yang agak tua. Beliau berjenaka bahawa dirinya adalah satu-satunya pelajar dalam sejarah Inner Templer yang diterima ke Bar setelah 25 tahun menuntut.

Pulang ke tanahair, beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi Timbalan Pendakwa Raya di bawah Jabatan Undang-undang Persekutuan dan kemudiannya Presiden Session Court. Tetapi perkembangan politik dalam UMNO dan di luarnya amat pesat seolah-olah menantikan seorang pemimpin tertentu untuk mengetuainya. Pada bulan Ogos 1951 terjadilah satu krisis dalam UMNO yang menyebabkan Dato’ Onn meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua. Dengan itu jadilah Tunku yang Dipertua UMNO yang kedua sehingga 20 tahun kemudian.

Pada waktu permulaan pimpinan Tunku, tugas terpenting ialah bagi memupuk kerjasama antara kaum dan mencapai persetujuan atau perkara-perkara pokok bagi pemerintahan negara merdeka. Tunku berusaha dengan keras, yakin, sabar dan tawakkal bagi menyatupadukan kaum-kaum di samping menjaga keutuhan bangsa Melayu sebagai teras politik negara.

Pada awal tahun 1952, pilihanraya bagi majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan. UMNO dan MCA telah bersetuju tidak akan berlawan antara satu sama lain dengan UMNO meletakkan calon-calonnya di kawasan-kawasan majority Melayu dan MCA sebaliknya. Hasilnya ‘PERIKATAN UMNO-MCA’ telah memberi kemenangan kepada keduanya. Menjelang pilihanraya 1955 Perikatan ini disertai pula oleh MIC sebagai mewakili kaum India. Dengan penubuhan perikatan ini semua kaum yang terpenting adalah diwakil dalam sebuah badan politik yang terbesar bergerak menuju kemerdekaan.

Kata sepakat yang dahulunya susah hendak dicapai kerana parti-parti politik tidak mempunyai pendapat yang sama sekarang boleh diselesaikan secara consensus dalam Perikatan. Soal kerakyatan ditimbulkan di mana bukan melayu mengkehendaki kelonggaran yang lebih sedangkan orang-orang melayu mempertahankan syarat-syarat yang ketat. Soal-soal lain termasuk hak-hak istimewa bagi orang melayu, penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas dasar pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi. Tunku juga pernah menuntut di Bangkok sewaktu tinggal bersama kakakandanya Tunku Yusuf yang berkhidmat dengan angkatan tentera Thai. Beliau telah mencadangkan agar bahasa Jepun tidak diajar di sekolah.

Kali ini kejayaan telah dicapai dengan tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957.  Sebagai persiapan untuk kemerdekaan satu Suruhanjaya Perlembagaan telah dibentuk dengan mengandungi wakil-wakil perikatan dan wakil-wakil kerajaan British. Suruhanjaya ini bertanggungjawab menggubal perlembagaan Tanah Melayu yang baru berdasarkan syor-syor yang dibuat oleh Perikatan. Setelah negara merdeka, usaha-usaha dibuat bagi mengukuhkan pemerintahan negara melalui perpaduan dan kemajuan ekonomi. Rancangan Malaya yang pertama, dimulakan sejak tahun 1956, adalah bertujuan untuk mengisikan kemerdekaan dengan pembangunan.

Pada tahun 1960, keadaan darurat yang telah berjalan selama 12 bulan diisytiharkan tamat. Sebelumnya, pada Disember 1955, rundingan telah diadakan antara Tunku dengan pemimpin parti PKM bagi menyelesaikan permusuhan. Apabila komunis tidak bersetuju membubarkan parti mereka, pihak Perikatan menolak sama sekali rundingan antara mereka.




No comments:

Post a Comment